
VISI
PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN VOKASIONAL YANG UNGGUL
MISI
MEMPERKASA PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN VOKASIONAL MELALUI
PERLAKSANAAN PROGRAM YANG
SEJARAH SEKOLAH
TAHUN | PERISTIWA | ||
1982-1983 | Projek pembangunan dan pembinaan kompleks sekolah yang mengandungi 2 blok bangunan kelas dan pentadbiran, sebuah Dewan, sebuah kantin, 3 blok Asrama Puteri, satu blok Asrama Putera dan sebuah Dewan Makan dijalankan di atas kawasan seluas 24 ekar di Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak Johor Bahru.
| ||
1984 |
Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru dibuka pada 1 Januari 1984. Kumpulan pertama guru-guru terdiri daripada Encik Goh Sai, Encik Mohd Hodi Reduwan, Encik Abdul Ghani Abu Bakar, Encik Kamarudin Abu Hassan dan Encik Bee Ah Lee melapor diri kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Johor.Pada 1 Mac, 1984 Encik Abdul Isa bin Ismail mula menjalankan tugas sebagai pengetua pertama.Pada 4 Mac, 1984 seramai 72 orang pelajar tingkatan 5 aliran Perdagangan bersama-sama dengan 5 orang guru perdagangan dari Sekolah Menengah Vokasional Jalan Yahya Al-Datar berpindah ke sekolah ini.Pada 11 Mac, 1984, seramai 184 orang pelajar tingkatan 4 dari seluruh Semenanjung mendaftar diri. Mata-mata pelajaran vokasional yang ditawarkan ialah Trengkas, Menaip, Simpan kira, Latihan Perdagangan, dan Commercial English. | ||
1985 | ![]() ![]() ![]() Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru telah dirasmikan pembukaannya pada 22 Julai 1985 oleh Yang Berhormat Datuk Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.Kumpulan pertama pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Kumpulan pertama pelajar kursus Perdagangan aliran Teknik mendaftar. | ||
1986 | Sekolah Menengah Teknik ditukar kepada Sek. Men.Vokasional. Pelajar-pelajar teknik dipindahkan ke Sekolah Menengah Teknik . | ||
1987 | Kurikulum jurusan vokasional telah disemak semula. Bagi aliran Perdagangan kursus Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Pejabat mula diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4. Mata pelajaran elektif yang diajar ialah Asas Pemprosesan Maklumat serta Pengurusan Pejabat dan Trengkas bagi kursus Pengurusan Pejabat, dan Pengurusan Perniagaan dan Asas Perakaunan bagi kursus Pengurusan Perniagaan.Bilik mesyuarat dan sebuah bilik Trengkas telah diubah suai menjadi Bilik Komputer. | ||
1988 |
Bangunan Surau SMVP siap dibina hasil daya usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru.Kumpulan pertama pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPMV). | ||
1989 | Pada 30 Jun 1989, Pengetua pertama SMVP, Encik Abdul Isa bin Ismail melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia . Tuan Hj Selamat bin Amat Judi daripada Politeknik Batu Pahat melapor diri sebagai Pengetua kedua. | ||
1993 | Sebuah bangunan tambahan yang menempatkan dua buah Bilik Komputer, sebuah bilik Pengurusan Pejabat, Bilik Tayangan, Bilik Kaunseling dan Perpustakaan telah siap dibina. Selain itu dua buah bangunan yang menempatkan dua rumah pekerja dan dua rumah warden juga telah dibina. Bilik guru dipindahkan ke bilik perpustakaan lama, dan bilik guru lama diubah suai menjadi Bilik Mesyuarat. | ||
1994 | Sekolah meraikan ulang tahun yang ke-10 . |
1996 | Pengetua ketiga, Puan Wan Fatimah Ahmad telah melaporkan diri pada 12 Februari 1996 |
1997 | Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru sejajar dengan penaikkan taraf sekolah kepada sekolah menengah teknik.Mengubah suai 3 buah kelas di tingkat bawah blok A kepada 2 buah makmal sains Kimia dan Fizik.Mengubah suai 2 buah bilik menaip kepada 3 buah kelas. Sekolah mula mengambil pelajar tingkatan 4 aliran teknikal bagi kursus Perdagangan. Pengambilan pelajar aliran vokasional kursus Pengurusan Perniagaan diteruskan dan Pengurusan Pejabat di tamatkan. Mengubah suai bilik Pengurusan Pejabat menjadi Bilik Bimbingan & Kaunseling |
1998 | Kumpulan pertama pelajar aliran teknikal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia . |
1999 | Lawatan deligasi Pegawai-pegawai Pendidikan daripada Riau Indonesia. Pada penghujung tahun 2000, bangunan tambahan bagi penaikkan taraf telah siap dibina. Bangunan-bangunan tersebuta terdiri daripada : • Sebuah bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat, bilik-bilik Lukisan Kejuruteraan dan bilik-bilik khas • Sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan 21 buah bilik darjah. • Sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan bengkel Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik, Makmal Komputer dan Bilik Lukisan Kejuruteraan. • Sebuah bangunan makmal sains Kimia dan Fizik • Sebuah Kantin • Sebuah bangunan Asrama Puteri • Sebuah bangunan Asrama Putera • Sebuah Dewan Makan • Sebuah bangunan rumah warden • Menaik taraf padang dan pembinaan Astaka |
2000 | Pengambilan pertama pelajar aliran teknikal bagi kursus-kursus Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik. Menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Kejohanan Piala Datuk Dr Noor Azmi sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Malaysia. Menjadi Naib Johan Pertandingan Pengurusan Bilik Kaunseling Peringkat Negeri Johor . Menjadi Johan Pertandingan Bola Jaring peringkat Majlis sukan Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru. Menjadi Naib Johan peringkat Zon Selatan Pertandingan Bola Jaring Piala Datuk Dr Abdul Shukor. Kali pertama ahli Tae kwan do sekolah mencapai tahap tali pinggang hitam. |
2001 | Menjadi pengelola Peringkat Kebangsaan Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring dan Perbahasan Bahasa Inggeris Kejohanan Piala Datuk Dr Abdul Shukor dan Datuk Dr Noor Azmi Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Malaysia. Menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Piala Datuk Dr Abdul Shukor. Menjadi Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah Kategori Sekolah Teknik dan Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan. • Membesarkan Bilik Guru. • Menaik taraf Perpustakaan • Menaik taraf Bilik Tayangan • Mengubahsuai pejabat lama sebagai Bilik Jamuan • Mengubah suai dua buah bilik darjah menjadi bilik Perbincangan dan Bilik Pengawas • Mengubah suai Makmal Bahasa menjadi bilik darjah • Menaik taraf dan membesarkan jalan masuk ke sekolah • Menaik taraf pintu masuk ke sekolah dan membina semula pondok pengawal keselamatan. • Membina gajah menyusur dari Blok F asrama ke sekolah • Membina Dataran Teknik SMTP |
2002 | Mula menawarkan mata pelajaran Pengajian Keusahawanan kepada pelajar Perdagangan aliran teknikal. Menjadi tuan rumah Bicara Sejarah Peringkat Negeri Johor. Menjadi tuan rumah Karnival Sukan Anak-anak Yatim Negeri Johor. Menjadi tuan rumah Karnival SEJADAH Peringkat Negeri Johor. Menjadi Urusetia Perhimpunan Patriotik Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan 2002. Menaik taraf Makmal Komputer 2 sebagai Makmal Siber dan mewujudkan system rangkaian setempat (LAN) antara Makmal Siber dengan Perpustakaan, Bilik Tayangan dan Pejabat. Memasang system Astro di Bilik Tayangan, Perpustakaan dan Makmal Sains. Melengkapkan Makmal Sains Teras, Fizik dan Kimia dengan televisyen dan alat DVD. Mewujudkan perpustakaan dan bilik sumber di asrama. Menaik taraf Bilik Guru |
2003 | Mula menawarkan Kursus Pengaturcaraan Komputer (Vokasional). Menaik taraf bilik lukisan kejuruteraan blok R kepada Makmal Pengaturcaraan Komputer. Menaik taraf Makmal Asas Pemprosesan Maklumat dan Bilik Bincang |
2004 | Menjadi tuan rumah Pertandingan Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (Rendah) Peringkat Kebangsaan. Pengetua ketiga, Puan Hjh Fatimah Ahmad bersara pada 28 Mei 2004. Pengetua keempat, Puan Hjh Zalihar Abdul Ghani memulakan perkhidmatannya pada 1 Jun 2004. Menerima 43 unit komputer, 2 pencetak laser, pengimbas dan projector lengkap dengan sistem rangkaian LAN dan internet di bawah Program Pengkomputeran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. |
2005 | Pembinaan Mercu Dagang SMTP. Penamaan Tumbuh-tumbuhan secara saintifik |
Lagu Sekolah









